Surah Ar-Rahman Arab: (سورة الرحمن) adalah surah ke-55 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas Surah Al-Qamar, dalam juz ke 27. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 78 ayat yang pendek-pendek, termasuk dalam kumpulan surah Mufassal (المفصل) surah yang pendek-pendek. Surah ini dinamakan Ar-Rahman yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebahagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT. kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia maupun di akhirat nanti.